Lauk Beriani Ayam SAJI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (potong lapan)
5 sudu besar rempah beriani ayam
5 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
1 cawan minyak sapi
100 gm daun ketumbar (hiris kasar)
2 cawan susu cair
70 gm gajus goreng
1/2 cawan kismis goreng
6 tangkai cili hijau (patah dua)
BAHAN TUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
7 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
5 cm halia
CARA MENYEDIAKAN:
- Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng setengah masak. Ketepikan.
- Panaskan minyak sapi, dan tumis semua bahan tumis hingga naik bau dan kuning.
- Kemudian masukkan rempah beriani, kismis, sos cili, tomato puri dan daun ketumbar.
- Tumis hingga pecah minyak. (LANGKAH A) Tuangkan satu cawan air dan biarkan kuah mereneh selama setengah jam sebelum dituangkan susu cair.
- Bubuhkan garam, cili hijau dan gula. Biarkan mendidih lagi.
- Masukkan ayam dan gajus. Biarkan kuah pekat, dan hendaklah sentiasa digaul kerana ia mudah berkerak. Kerak mudah terbentuk kerana kita menggunakan susu cair. Rasa beriani SAJI mestilah manis kerana untuk seimbangkan rasa masam tomato puri dan sos cili.
- Jika anda ingin menggantikan ayam dengan daging, daging yang dicuci bersih dan masukkan langkah A. Daging hendaklah dipotong tebal (4cm x 6cm) dan beli daging yang mudah empuk seperti bahagian topside.
- Jika anda ingin menggunakan tairu boleh juga. Tairu janganlah banyak, cukup setengah cawan saja. Tapi anda kena kurangkan tomato puri sebanyak tiga sudu dan sos cili satu sudu. Tairu bolehlah dicampur sekali sewaktu menuangkan susu cair.
No comments:
Post a Comment