SELAMAT DATANG KE RESTORAN BASHA SIMPANG EMPAT (013-5015010)

RESTORAN BASHA

Tuesday, January 11, 2011

cakap biar logik akal sikit

EMANDU dipimpin oleh dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Tan Sri Koh Tsu Koon.
"Dia kata kita buat kajian. Bila Barisan Nasional(BN) naikkan harga petrol, gula, diesel dan lain, lain harga teh tarik akan naik satu sen. Saya tak cakap main-main. Boleh tengok website pemandu www.pemandu.gov.my ada kertas fakta boleh muat turun. 70 perkara dia kata mee goreng mamak naik dari RM3 kepada RM3.01
Tetapi memberi contoh lain berkenaan harga teh tarik, walaupun PEMANDU menyatakan kajian harga teh tarik hanya akan naik satu sen daripada harga asal RM 1.20 sen.
Hakikatnya harga teh tarik yang telahpun dinaikkan sebanyak 20 sen pada awal tahun ini seperti dirancang Persatuan Pekedai kopi dan teh Selangor dan Kuala Lumpur menjadikan harga naik kepada RM 1.40.
Justeru Tony secara berseloroh meminta kerajaan Barisan Nasional 'memulangkan' 19 sen bagi setiap teh tarik yang diminum oleh rakyat sebagai tanda prihatin dan berpegang kepada kajian yang dibuat.
"Saya nak minta sama kerajaan hari ni saya minum teh tarik di kedai mamak RM1.40. Saya nak mintak BN pulangkan 19 sen kepada saya untuk setiap gelas yang saya minum. Kita mintak pulangkan setiap 19 sen kerana kerajaan kata harganya hanya RM 1.21," jelasnya.
Kenaikan harga barangan makin menjadi apabila harga gula meningkat sebanyak 55 peratus pada tahun lepas sahaja dan harga petrol dan diesel dinaikkan secara berjadual setiap beberapa bulan.
Menurut Tony lagi, kerajaan BN pula gemar menggunakan istilah 'penyelarasan subsidi' berbanding 'naik harga' demi memaparkan kononnya kesejahteraan negara di masa akan datang atau penggunaan istilah ekonomi berbunyi pengurangan defisit.
"Kita dapat lihat dengan jelas bila kos naik. Subsidi kena potong. Dia kata kena rasionalkan subsidi di negara kita kalau tidak kita muflis. Yang akan muflis itu Barisan Nasional," katanya.

Monday, January 10, 2011

kue+teow+goreng

mee kolok

nasi goreng sarawak

ayam pansuh

umai udang

Nasi Jagung



Nasi Jagung


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
* 4 cawan beras basmathi
* 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
* ½ cawan susu cair
* ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
* 2 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit halia*
* 2 sudu besar mentega
* 2 sudu besar minyak
* 2 helai daun pandan disimpul
* sedikit garam
* kisar bahan yg bertanda *
(nota dapur ; tambah sesudu kunyit serbuk dlm nasi bagi warna sikit)
Cara-cara

1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
4. setelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
5. setelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nya dan masaklah hingga tanak.(Buatkan lubang letak serbuk kunyit)
6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.

suasana penting ketika mau makan!


penyediaan lontong di restoran basha


Harga Minyak masak bakal naik 40 sen sekilogram?harga makanan tetap di restoran basha




harga makanan tetap sama di restoran basha

SARDIN BAHAYA UNTUK PESAKIT GOUT


kalau kat pulau pinang jgn lupa mengena........

CHAR KOEY TEOW




1.Masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam kuali (dicadangkan kuali tebal)
2.Masukkan 2 ekor udang
3.Setelah udang agak masak, masukkan cili kisar (secukup rasa)
4.Perlahankan api, masukkan koey teow (120gm), tauge, kuchai dan kerang
5.Kuatkan api kemudian gaul sebati bahan2 tersebut
6.Masukkan Kicap CKT (60ml)
7.Kemudian masukkan 1 biji telur ayam.
8.Setelah telur separuh masak, gaul sekejap, tutup api. Angkat sebelum kicap kering.
9.SEDIA UNTUK HIDANGAN-(SEORANG)

apa mau ganti dah 3x ganda harganya?


Sunday, January 9, 2011

ISTERI SUPER


“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

Restoran Buaya-Merah-wellcome


10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera



Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Friday, January 7, 2011

roti naan

roti lembut India

roti jala

hati2 teh tarik berwarna


Tips 1 Halal:

Teh yang mengandungi pewarna tiruan adalah dilarang didalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pembekal teh suka mencampurkan pewarna didalam daun teh dan dibekalkan kepada peniaga-peniaga restoren, kerana ia memberikan warna yang lebih menarik. Jika kita ingin mengetahui teh yang kita beli mengandungi pewarna tiruan atau tidak, ambil sedikit serbuk teh dan rendamkan ia pada segelas air sejuk. Jika ia berubah warna kekuningan dengan segera maka ia mengandungi pewarna tiruan, sebab untuk menyediakan teh kita perlu menggunakan airyang panas. Bagaimana pula jika di kedai makan, kita boleh lihat pada warna teh ia kuning kemerahan tidak seperti teh biasa.

roti canai-ada suka garing/lembut-di restoran basha


Dalam sekeping roti canai, ada bahagian yg kita suka ada yg kita tak suka. Macam2 ragam manusia. Saya suka yg garing (bahagian luar) sahaja,aisyah anak sedara saya pula suka yg bahagian dalam . Jadi bila makan roti canai, elok sangat kalau kami makan bersama. Roti canai tu akan dibahagi2, dia ambil bahagian dalam saya makan bahagian luar.. he

Kesan kekurangan cecair


Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

kasiat daun kari- pucuk muda buat ulam (di restoran basha)




KHASIAT DAUN KARI

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri berkesempatan untuk berkongsi info tentang tumbuhan yang tidak asing bagi masyarakat kita iaitu daun kari.

Pokok kari adalah tumbuhan tropika hingga sub-tropika, yang berasal India. Tumbuhan renek ini yang adalah daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Nama spesies herba murraya koenigii yang diambil sempena memperingati ahli botani Johann König.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.

Pokok kari

Pokok kari boleh tumbuh sehingga ketinggian antara 4 hingga 6 meter, dengan ukur lilit batang yang boleh membesar sehingga 40cm. Daunnya menyirip dengan 11-21 helaian pada satu-satu sirip atau lebaran, setiap helaian daun berukuran antara 2-4 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Daun kari sangat aromatik.

Pokok kari biasanya ditanam di halaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai aroma yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Ia disebut daun kari kerana digunakan untuk membuat kari dan ia digunakan secara meluas dalam kebanyakan masakan di Tamil Nadu di selatan India. Ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, vada, thoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.

bunga pokok kari

Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...

Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:

* 66.3% kelembapan
* 6.1% protein
*1.0% lemak
*16.0% karbohidrat
*6.4% fiber

Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Buah kari

Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Daun kari juga berkesan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga dikatakan baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Thursday, January 6, 2011

Petua : Kulit Buah Tembikai Atasi Masalah Rambut Gugur


Petua : Kulit Buah Tembikai Atasi Masalah Rambut Gugur
Rambut gugur dan kepala menjadi botak menjadi masalah utama bagi mereka yang menghadapainya terutama yang masih lagi berusia muda atau bujang sama ada lelaki mahu pun wanita.
Banyak faktor atau punca terjadinya masalah keguguran rambut antaranya seperti perubahan hormon, efek pengubatan, shampoo yang tidak sesuai malah gangguan stres.
Salah satu kaedah rawatan tradisional untuk mengatasi rambut gugur ialah menggunakan kulit buah tembikai. Buah tembikai yang kaya dengan vitamin C dan memang digemari semua orang ternyata berkhasiat dan bermanfaat untuk mengatasi rambut gugur.

Caranya mudah. Setelah anda memakan isinya, jangan dibuang kulitnya. Bahagian isi kulit tembikai yang berwarna putih amat mujarab digunakan untuk mengubati rambut gugur.
Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai itu menggunakan garpu supaya keluar cairan. Kemudian gosokkan pada kulit kepala anda dan langirkan atau ramas perlahan -lahan beberapa minit. Cukup lakukan seminggu sekali. Selamat mencuba!

SUP TULANG KETUK


بسم الله الرحمن الرحيم



Jika sebelum ini kita selalu dihidangkan dengan sup tulang yang jernih tetapi kini di restoran Geylang Kopitiam, pengunjung boleh menikmati sup tulang ketuk yang berwarna merah.

Rasanya juga sedikit berbeza dengan pilihan sup sedia ada tetapi ia sedikitpun tidak menyulitkan pihak pengurusan restoran terbabit bagi mempopularkannya di kalangan masyarakat setempat.

Malah, dengan keistimewaan itu, pengunjung dapat merasai sendiri kelazatan rasa masakan tradisional masyarakat Melayu Singapura.

Ikuti langkah mudah menyediakan sup tulang ketuk berkenaan dalam paparan resipi minggu ini.

Bahannya:
1 kilogram tulang daging (gear box)
600 gram bawang merah
50 gram cili boh
80 gram pes tomato
140 gram tepung jagung
30 gram kicap manis
5 gram garam
Perasa stok ayam atau daging
10 gram serbuk lada hitam
50 gram sos tiram
20 gram bawang goreng
20 gram daun bawang
25 gram gula
1 biji telur
100 gram kubis (dihiris halus)

1 - BAHAN...sediakan bahan untuk menyiapkan sup tulang ketuk.
2. REBUS...tulang daging (gear box) direbus selama tiga jam. Kemudian tumis bawang merah dan masukkan stok ayam atau daging sebelum dicampur tulang daging yang direbus tadi.
3. TUANG...masukkan pes tomato diikuti cili boh ke dalam air rebusan.
4. CAMPUR...masukkan sedikit garam dan gula.
5. TAMBAH...diikuti dengan sos tiram dan kicap manis.
6. PUKUL TELUR...pukul telur hingga sebati, kemudian masukkan ke dalam adunan tulang daging yang dimasak.
7. CAMPUR...campurkan sedikit air ke dalam tepung jagung, kacau adunan hingga sebati dan masukkan adunan tepung jagung itu ke dalam rebusan tulang untuk memekatkan kuah.
8. MENDIDIH...biarkan rebusan tadi mendidih hingga daging empuk dan kuahnya kering sedikit sebelum diangkat.
9. HIASKAN...tabur hirisan kubis, bawang goreng dan daun bawang untuk menambah rasa.
10. SIAP...sup tulang ketuk sedia untuk dinikmati.

AYAM PERCIK


HAN- BAHAN

•400 gram ayam
•50 gram halia
•50 gram lengkuas
•40 gram serai
•10 gram kunyit hidup
•100 gram bawang merah
•60 gram bawang putih
•5 gram daun kunyit

CARA MEMBUATNYA:

1. Ayam dipotong mengikut cita rasa kemudian perapkan bersama dengan bahan yang dikisar serta dengan daun kunyit selama 45 minit.

2. Bakar ayam dalam ketuhar pada suhu 180 ºC selama 30 minit.
3. Apabila ayam telah masak, biarkan ia sejuk dahulu sebelum dihidangkan bersama dengan nasi yang panas

RENDANG TOK




Bahan-bahan :
1 kg daging
100 gram bawang merah
80 gram bawang putih
80 gram halia - dimayang
½ biji isi kelapa - dihiris 5 sm
60 ml pati santan
300 gram kerisik kelapa
5 gram gula melaka
Garam secukup rasa
15 gram serbuk ketumbar
15 gram serbuk cili
10 gram jintan putih
10 gram jintan manis
20 gram serbuk kari daging
5 gram lada hitam
10 biji buah pelaga
5 sm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih

Cara membuat:
1) Gaul rata semua bahan kecuali daging, garam dan gula Melaka.
2) Selepas rata barulah dimasukkan daging. Perap selama dua hingga empat jam.
3) Masukkan ke dalam periuk dan didihkan perlahan-lahan.
4) Reneh selama tiga jam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering.
5) Masukkan gula melaka dan garam. Kacau lagi hingga rata.

NASI BERIANI GAM



(hidangan lebih lima orang)

Bahannya:
2 kilogram beras basmati
100 gram bawang merah - dihiris
50 gram bawang putih - dihiris
50 gram halia - dihiris
1/2 tin susu cair
Empat sekawan - bunga lawang, cengkih, jintan dan kayu manis
1 biji tomato - dipotong empat
2 tangkai cili merah - belah dua
2 tangkai cili hijau - belah dua
5 gram daun sup atau daun bawang - potong 1 1/2 inci
3 gram daun ketumbar
Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:
Masak nasi hanya selepas daging siap dimasak
1. Basuh beras, masukkan ke dalam periuk nasi bersama semua bahan yang dinyatakan.
2. Tanak nasi menggunakan periuk memasak elektrik. Apabila nasi kering, ambil sedikit minyak daripada kuah beriani dan siram sedikit ke atas nasi tadi.
3. Biarkan nasi itu dalam periuk seketika iaitu kira-kira lima minit, kemudian hidangkan bersama dalca, pajeri serta papadom.

Daging beriani:
1 kilogram daging - potong 10 ketulan
20 gram rempah beriani - campur sedikit air
1/2 cawan pes tomato
1/2 cawan sos tomato
50 gram bawang goreng
4 sekawan - bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga
50 gram bawang merah - dikisar
20 gram bawang putih - dikisar
20 gram halia - dikisar
3 gram daun pudina - dikisar
3 gram daun ketumbar - dikisar
1/2 cawan minyak sapi
50 gram biji gajus goreng - ditumbuk kasar
50 gram kismis
Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Masukkan daging ke dalam periuk bersama bahan yang sudah dikisar serta rempah, pes tomato, sos tomato, minyak sapi, daun pudina, ketumbar dan empat sekawan.

2. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan masukkan biji gajus dan kismis ke dalamnya.

3. Didih dengan api pelahan sehingga daging itu empuk dan tambah bahan perasa.

NASI BERIANI



BAHAN- BAHAN

•800 gram beras beriani
•100 gram cili merah
•40 gram bawang putih
•60 gram halia
•50 gram serai
•70 gram minyak sapi
•150 gram rempah beriani

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriani dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air dan susu cair secukupnya.
4. Masukkan beras yang telah dibersihkan dan kacau hingga sebati. Kecilkan api sehingga nasi masak.

Info:
Rempah beriani dan beras yang digunakan bukan sahaja memberi rasa yang unik malah mampu mengenyangkan walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit.

teh ais rm 1.20 sj d restoran basha

kebangkitan Islam di Amerika

bahayanya rokok



Wednesday, January 5, 2011

Sayur Campur Kicap Manis


Bahan-bahan:

1/2 bungkus sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pea)
1 labu bawang besar - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
2 tangkai cili merah - dihiris halus
1 keping kek ikan - dipotong nipis
1/2 kiub perasa ikan bilis
3 ekor sotong besar - potong dan kelar
500 gm udang
2 sudu besar kicap
Sedikit minyak

Cara Menyediakannya:

1. Bawang besar, bawang putih, cili merah ditumis hingga naik aromanya. Kemudian masukkan sotong, udang dan kek ikan. Biarkan seketika, tambahkan kiub ikan bilis dan kacau hingga rata.

2. Kemudian masukkan sayur campur dan kicap manis. Setelah masak, angkat. Jangan biarkan sayur terlalu lama di atas api.

Gulai Nangka Kerisik


Bahan-bahan:

500 gm nangka muda - dipotong kecil dan direbus empuk
1 helai daun kunyit - dimayang
1 1/2 liter santan
50 gm gula kabung
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:

10 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup
200 gm udang kering
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Sedikit belacan
1 sudu besar lada hitam
4 sudu besar kerisik

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak untuk menumis, tumis kesemua bahan tumbuk sehingga garing.

2. Masukkan nangka muda yang telah direbus, gula kabung dan tuangkan santan.

3. Perlahankan api, kacau masakan selalu dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.

4. Kacau lagi hingga sebati, masukkan garam dan daun kunyit.

5. Angkat dan hidangkan.

Paceri Rebung


Bahan-bahan:

1 batang rebung mentah
1 1/2 sudu besar rempah kari
1 cawan pati santan
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 cm halia -dikisar
3 cm kulit kayu manis
4 biji buah pala
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Rebung dipotong dadu dan dikelar-kelar bahagian tepinya tetapi tidak putus, dan rebus hingga empuk.

2. Setelah empuk, perahkan airnya dan ketepikan. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau. Kemudian tambahkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili yang dikisar. Tumis hingga semua bahan kering dan wangi aromanya.

3. Bancuhkan rempah kari dengan sedikit santan cair dan masakkan dalam bahan-bahan tumisan tadi. Biarkan ia pecah minyak. Tambahkan garam dan gula.

4. Kemudian masukkan rebung yang direbus tadi. Biarkan hingga mendidih dan kuahnya agak pekat.

Tumis Peria Dan Taufu


Bahan-bahan:

4 biji peria kecil - jika peria panjang gunakan satu saja
1 keping taufu
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
50 gm cili giling
Sedikit air asam jawa
1 sudu bear gula perang
garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Hiris peria kecil-kecil dan rendam dalam air garam selama 20 minit agar keluar rasa pahitnya.

2. Taufu dipotong dan digoreng kekuningan.

3. Tuskan peria, goreng terendam sehingga garing dan ketepikan.

4. Keluarkan lebihan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga sedikit perang. Campurkan cili dan kacau hingga garing.

5. Masukkan taufu, peria diikuti sedikit air dan kacau sebentar. Tuangkan pula air asam jawa.

6. Masak selama 5 minit sehingga peria lembut. Perisakan dengan garam dan gula. Angkat dan hidangkan ketika masih panas bersama nasi.

Sayur Campur Berempah


Bahan-bahan:

50 gm kacang buncis
1 tangkai cili merah - dipotong kecil
1 biji buah tomato - dipotong
1 labu bawang besar - dipotong dan dikisar
20 gm kacang pis
20 gm bunga kubis
1/2 sudu kecil jintan manis - dikisar
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak
Sedikit yogurt
Sedikit halia - dimayang
Sedikit sos soya

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang serta halia sampai naik bau.

2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan sedikit air supaya tidak melekat.

3. Masukkan jintan, ketumbar dan kicap ke dalam bahan tadi. Kacau hingga rata. Setelah wangi, masukkan semua jenis sayuran serta garam, kacau rata.

4. Kemudian masukkan yogurt, tomato dan cili merah. Kacau rata sebentar sahaja sebelum diangkat dan dihidangkan

Telur Dadar Melaka


BAHAN-BAHAN:

3 biji telur
2 tangkai kacang panjang (hiris halus)
1 labu bawang besar (hiris)
3 sudu besar cincaluk
Sedikit serbuk lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pecahkan telur dan masukkan kacang panjang, bawang besar, cincaluk dan serbuk lada hitam. Pukul sehingga sebati.

2. Titiskan sedikit minyak di atas kuali leper. Kemudian dadarkan telur dan goreng sehingga masak.

Telur Semarang


BAHAN-BAHAN:

6 biji telur rebus
3 cawan santan sederhana pekat
3 tangkai cili merah - tumbuk kasar
1 labu bawang besar - tumbuk
4 biji buah keras - tumbuk
1 sudu besar ketumbar - tumbuk
2 helai daun limau purut

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau.

2. Tuangkan santan, masukkan telur dan daun limau purut.

3. Rasakan dengan garam. Biarkan ia mereneh sehingga kuah pekat.

Bayam Dadar


Bahan-bahan:

1 pokok bayam - ambil daunnya sahaja
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1/2 sudu kecil serbuk pala
2 biji telur
2 sudu besar susu segar - disatukan
1/2 cawan air
Secubit garam
Acuan gegelang untuk menggoreng
1/2 cawan minyak
50 gm mentega

Cara Menyediakan:

1. Celur daun bayam hingga lembut dan tuskan.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang besar. Pindahkan bawang ke dalam mangkuk kemudian masukkan daun bayam, serbuk pala, garam, telur dan bancuhan susu segar. Kacau hingga rata.

3. Letakkan acuan gegelang ke atas kuali leper dan masukkan sedikit mentega ke dalamnya.

4. Dengan api sederhana, tuangkan sesenduk adunan telur ke dalam acuan gegelang tadi. Masak sehingga garing sedikit baru dikeluarkan daripada gegelang dan terbalikkan. Goreng lagi hingga masak baru diangkat.

5. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur dan hidangkan panas-panas bersama sos cili.

Bergedil Telur Puyuh


Bahan Untuk Bergedil

500 gm isi ayam
500 gm ubi kentang
2 biji telur - asingkan putih dan kuning
1/2 sudu teh lada putih
2 labu bawang besar - didadu
1 tangkai daun bawang dan daun sup - dimayang
15 ulas bawang merah - dibuat bawang goreng
1/2 sudu teh serbuk kari daging
1 cawan serbuk roti
Sedikit garam
6 cawan minyak masak untuk goreng terendam
20 biji telur puyuh - rebus keras dan kupas kulitnya

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan isi ayam dan cincang halus. Panaskan sebentar di dalam kuali hingga kering airnya.

2. Kupas ubi kentang, bersihkan dan potong setebal 2 cm. Goreng hingga masak menggunakan tiga cawan minyak. Tumbuk halus.

3. Satukan ubi kentang tumbuk dengan isi ayam, kuning telur, lada putih, bawang besar, bawang goreng, daun bawang dan daun sup, rempah daging serta garam. Gaul rata.

4. Pukul putih telur hingga kembang. Ketepikan.

5. Ambil sedikit adunan kentang, leperkan, isi telur puyuh dan bungkus kembali mengikut bentuk telur.

6. Panaskan minyak, celup dalam putih telur, golekkan atas serbuk roti dan goreng terendam hingga kuning.

7. Angkat dan hidangkan bersama kuah bergedil.


Kuah Bergedil:

Bahan-bahan:

2 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil serbuk cili
4 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih - ditumbuk

Cara Menyediakan:

1. Campurkan kesemua bahan masak hingga mendidih.

2. Hidangkan bersama bergedil telur puyuh

Itik Pulang Petang


Bahan-bahan:

6 biji telur - direbus keras
1 biji kentang - direbus hingga empuk
1 sudu besar mayonis
3 sudu besar isi ikan tuna (dalam tin)
1/4 tangkai cili merah - dicincang halus
1 tangkai daun bawang - dihiris halus
1 tangkai daun saderi - dihiris halus
1/4 batang lobah merah - dipotong nipis bentuk kepala itik
1/4 biji timum dibentuk nipis bentuk ekor
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
24 kuntum bunga cengkih

Cara Menyediakan:

1. Telur rebus dibelah dua kemudian dikeluarkan kuningnya.

2. Lecekkan kuning telur bersama-sama ubi kentang rebus dan isi ikan tuna sebelum digaul hingga rata dengan mayonis, cili merah, daun bawang, daun saderi, garam dan serbuk lada sulah.

3. Masukkan sesudu besar campuran kuning telur ke dalam putih telur kemudian hiaskan seperti itik dengan menggunakan hirisan lobak merah sebagai kepala dan hirisan timun sebagai ekor. Cucukkan bunga cengkih di sebelah kiri dan kanan lobak merah untuk dijadikan mata

Ikan Lemak Bunga Kantan


Bahan-bahan:

4 keping ikan tenggiri - dikerat dua
Sedikit serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 cawan air asam jawa
4 cawan santan
2 labu bawang besar - dipotong bulat
6 tangkai cili padi - dibelah dua
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
2 helai daun limau purut - dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan kisar:

6 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras

Cara Menyediakan:

1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar. Kacau sehingga naik baunya kemudian masukkan serbuk ketumbar, air asam jawa dan santan. Kacau hingga rata dan biarkan hingga kuah agak pekat.

3. Masukkan ikan dan juga bawang besar, cili padi, hirisan bunga kantan dan daun limau purut, garam dan gula. Kacau hingga rata dan angkat.