SELAMAT DATANG KE RESTORAN BASHA SIMPANG EMPAT (013-5015010)

RESTORAN BASHA

Wednesday, January 5, 2011

Otak-otak Udang


Bahan-bahan:

200 gm udang segar - dibuang kulit
150 kelapa parut (muda)
2 batang serai - hiris halus
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
1 helai daun kunyit - dihiris halus
Sedikit kunyit, garam, gula dan air asam jawa

Cara Menyediakan:

1. Tumbuk serai, bawang merah dan cili padi hingga halus. Masukkan kelapa dan tumbuk lagi sehingga bahan-bahan hingga sebati.

2. Gaulkan semua bahan yang telah ditumbuk dengan udang dan sedikit serbuk kunyit, air asam jawa, gula, daun kunyit dan garam hingga mesra.

3. Bungkus dalam daun pisang. Jadikan 4 bungkusan dan bakar hingga masak. Hidangkan semasa panas.

No comments:

Post a Comment