Saturday, September 19, 2009
Ikan Tenggiri Masak Tempoyak
BAHAN
Ikan tenggiri 600gm
Tempoyak 200gm
Cili padi 100gm (tumbuk)
Kunyit hidup 50gm (tumbuk)
Bawang merah 100gm (tumbuk)
Daun kunyit 1 ikat kecil
Cili merah 50gm (hiris)
Cili hijau 50gm (hiris)
Santan kelapa 250ml
Garam secukup rasa
CARA
Masukkan tempoyak dan bahan yang ditumbuk dalam periuk yang sudah dipanaskan. Kacau rata. Kemudian masukkan santan kelapa. Masukkan ikan tenggiri, daun kunyit, cili dan garam serta sedikit gula. Biarkan sehingga mendidih dengan api sederhana.
daging salai masak lemak
BAHAN
Daging salai 600gm
Santan kelapa 2 biji
Cili padi 150gm (tumbuk)
Kunyit hidup 100gm (tumbuk)
Serai 4 batang (tumbuk)
Bawang merah 50gm (tumbuk)
lengkuas 30gm (tumbuk)
Garam 30gm
Asam keping 30gm
Minyak masak 1 liter
CARA
Panaskan periuk dengan minyak. masak bahan yang ditumbuk dahulu. Masukkan daging dan santan dan kacau rata. Masukkan garam, asam keping dan perasa. Kacau rata sehingga daging empuk.
Sanggang ayam
AHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
750 ml santan cair
500 ml santan pekat
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1 batang serai (ketuk)
BAHAN KISAR:
30 tangkai cili padi
30 biji lada putih
10 ulas bawang putih
5 cm kunyit
Garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Ayam dicuci bersih dan dibelah empat.
2. Satukan bahan kisar dan santan cair. Tuangkan ke atas ayam.
3. Bubuhkan daun kunyit yang disiat, daun limau purut dan serai. Tutup kuali dan biarkan ia mereneh di atas api yang kecil.
4. Setelah ayam empuk tuangkan santan pekat dan garam. Sesekali boleh dikacau kuahnya.
5. Tutup semula kuali dan biarkan kuah benar-benar kering.
Nasi Langgi
Wednesday, September 16, 2009
Lepat pisang
Bahan-bahan:
sesisir pisang awak masak ranum(kira-kira 15 biji)
2 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut (yg putih sahaja)
1/2 sudu teh garam
2 pelepah daun pisang dilayur atas api dan dipotong kira2 5 inci lebar.
Cara buat:
1-Buang kulit/kupas pisang. Hiris nipis,tuang sedikit air (1/2 cawan) dan blend. Boleh juga guna pengadun kek atau gunakan senduk pelecek.
2- Campurkan adunan pisang dengan tepung.Gaul rata supaya adunan sebati.
3- Gaulkan kepala parut dgn garam.
4- Kaut sesudu adunan pisang dan leperkan atas daun pisang seperti gambar dibawah. Taburkan setengah sudu kelapa parut.Gulungkan lepat dgn daun pisang dan kemaskan/lipat bahagian tepi daun.
5- Ulang proses (4) sehingga adunan habis digulung.
6-Masukkan air dalam pengukus (kira2 1.5 liter) dan panaskan pengukus (150 darjah celcius) sehingga air mendidih.
7-Aturkan lepat yang telah dibungkus dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.
8-Angkat dan sejukkan. Sedia untuk dimakan.
Tuesday, September 15, 2009
Monday, September 14, 2009
Somtam
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda
1 biji mangga muda
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi
4 tangkai kacang panjang
30 gm kubis
10 gm kacang tanah
3 biji tomato ceri
20 gm udang kering (tumbuk)
2 sudu besar jus limau
1 sudu besar sos ikan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Sagat memanjang betik dan mangga. Kemudian potong halus memanjang kubis. Kacang panjang potong 6 cm.
2. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak perlu tumbuk, biarkan pecah-pecah sedikit.
3. Kemudian gaulkan dengan betik, kacang tanah, mangga, kubis, kacang panjang dan udang kering.
4. Akhir sekali tuangkan jus limau dan sos ikan. Masukkan tomato ceri dan gaulkan rata
Sunday, September 13, 2009
Tom Yam makanan laut
BAHAN-BAHAN:
1 ekor isi ikan merah
1 ekor ketam
250 gm sotong
2 sudu besar pes tomyam
4 cm lengkuas
2 cm halia muda
1 batang serai
2 helai daun limau purut
10 tangkai cili padi
1 sudu besar sos ikan
Sedikit susu cair
1 kiub pati ayam
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit jus limau nipis
CARA MENYEDIAKAN:
1. Celur ikan, sotong dan ketam bunga hingga masak.
2. Masukkan pes tomyam, kemudian masukkan serai, halia muda, lengkuas serta sos ikan, gula dan garam secukup rasa.
3. Setelah mendidih masukkan makanan laut yang telah dicelur, dan diikuti dengan jus limau nipis dan cili padi.
4. Setelah masak, tuangkan dua sudu besar susu cair dan hidangkan.
nasi bukhari
BAHAN-BAHAN:
400 gm beras basmathi
400 gm air
2 tin kecil susu cair
150 ml puri tomato
6 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk kas-kas
3 biji tomato
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK HALUS:
90 gm badam
70 gm biji gajus
100 gm bawang besar
40 gm bawang merah
5 cm halia
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan kuali dengan minyak sapi. Tumiskan bahan tumbuk, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik bau.
2. Masukkan air, tomato, bawang besar, susu cair, beras dan puri tomato.
3. Biarkan mendidih dan masukkan badam dan gajus.
4. Tanak nasi seperti biasa dan masukkan daun pudina. Tutup kembali nasi dan biarkan masa
Kelainan sajian Kawan Kopitiam
SEJAK tahun lalu, Kawan Kopitiam yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor diingati kerana menghidangkan juadah negeri Johor seperti laksa Johor dan mi rebus. Sajian itu ditampilkan bagi mengangkat warisan resipi keluarga pengusahanya, Ezzah Aziz Fawzy.
Namun, sepanjang Ramadan tahun ini, kopitiam yang diusahakan oleh Ezzah bersama suaminya, Ahmad Rezal Mohd. Esa dan dua lagi rakan kongsi, Hasbullah Abdullah dan Johar Johari, menawarkan satu kelainan.
Mereka sepakat mengambil khidmat seorang tukang masak berpengalaman dari Besut, Terengganu, Hasanah Mahmod yang pakar tentang masakan kegemaran penduduk Kelantan dan Terengganu seperti nasi dagang, nasi kerabu, ayam serta ikan percik gaya Pantai Timur.
Nasi kerabunya siap dengan pilihan lauk-pauk seperti ayam goreng berempah dan ikan goreng bertepung, nasi dagang pula lengkap keenakannya hanya dengan kepekatan gulai tenggiri dan telur.
Dua hidangan nasi eksotik itu dan nasi lemak boleh dibungkus untuk mereka yang mahu berbuka puasa di rumah. Namun, bagi yang menikmati iftar di kopitiam itu, mereka mempunyai lebih banyak seleksi juadah untuk dicuba.
Sebanyak 50 menu tradisi termasuk minuman dan pencuci mulut ditukar pada setiap hari. Tentu sekali, lauk popular adalah ikan keli bersambal, kerabu perut serta gulai lemak ikan masin dan nanas.
Tidak ketinggalan, terdapat juga ikan keli masak lemak cili api, ayam dan ikan masak percik dan masak lemak pucuk ubi. Ulam-ulaman pula tidak ketinggalan disediakan bagi digandingkan dengan sambal belacan.
Bagi yang menyukai manisan, Kawan Kopitiam turut menghidangkan aneka jenis agar-agar, puding karamel, bubur kacang dan kuih-muih tradisional lain sebagai pencuci mulut. Sebelum pulang, ada sesuatu yang ingin dicadangkan kepada pengunjung.
Pastikan anda bertanya tentang kuih bakar jagung istimewa yang dihasilkan sendiri oleh Ezzah. Betapa lazat kuih yang teradun cantik, selain rasanya yang manis, lemak dan berkrim
Saturday, September 12, 2009
bahaya merokok
MEROKOK ADALAH HARAM
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”-Surah Al-Baqarah : 195
MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK
Nikotin dalam rokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan akan lumpuh dan mungkin membawa maut.
MEROKOK MENGAKIBATKAN KELAHIRAN PRA MATANG
Merokok semasa hamil mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan.
MEROKOK MENGAKIBATKAN KANSER MULUT
Merokok merupakan sebab utama kanser mulut. Kanser ini akan menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan yang rumit serta menimbulkan masalah pemakanan, pertuturan serta kecacatan kekal.
MEROKOK MENGAKIBATKAN KERACUNAN
Apabila anda merokok, anda akan menyedut asap rokok yang mengandungi arsenik dan naphthalene. Keduanya adalah bahan utama dalam racun tikus dan ubat gegat.
Kandungan rokok:
Ammonia (Pencuci lantai)
Toluidina (Pelarut industri)
Uretana
Hidrogen Sianida (Racun untuk hukuman mati)
Naphthylamine (Kapur barus)
Arsenik (Racun anai-anai)
Dibenzakridine
Naftalena (Ubat gegat)
Metanol (Bahan api)
Aseton (Penanggal cat)
Kadmium (Bateri kereta)
Butana (Bahan bakar pemetik api)
DOT (Racun makhluk perosak)
Nikotin (Membuat PVC)
Karbon Monoksida (Gas beracun dari ekzos kereta)
Tar (Bahan membuat jalanraya)
Fenol
Polonium – 210
Justeru, apa lagi yang kita tunggu, marilah bersama-sama menyertai komuniti sihat tanpa rokok.
Berhentlah sebelum terlambat.
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”-Surah Al-Baqarah : 195
MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK
Nikotin dalam rokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan akan lumpuh dan mungkin membawa maut.
MEROKOK MENGAKIBATKAN KELAHIRAN PRA MATANG
Merokok semasa hamil mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan.
MEROKOK MENGAKIBATKAN KANSER MULUT
Merokok merupakan sebab utama kanser mulut. Kanser ini akan menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan yang rumit serta menimbulkan masalah pemakanan, pertuturan serta kecacatan kekal.
MEROKOK MENGAKIBATKAN KERACUNAN
Apabila anda merokok, anda akan menyedut asap rokok yang mengandungi arsenik dan naphthalene. Keduanya adalah bahan utama dalam racun tikus dan ubat gegat.
Kandungan rokok:
Ammonia (Pencuci lantai)
Toluidina (Pelarut industri)
Uretana
Hidrogen Sianida (Racun untuk hukuman mati)
Naphthylamine (Kapur barus)
Arsenik (Racun anai-anai)
Dibenzakridine
Naftalena (Ubat gegat)
Metanol (Bahan api)
Aseton (Penanggal cat)
Kadmium (Bateri kereta)
Butana (Bahan bakar pemetik api)
DOT (Racun makhluk perosak)
Nikotin (Membuat PVC)
Karbon Monoksida (Gas beracun dari ekzos kereta)
Tar (Bahan membuat jalanraya)
Fenol
Polonium – 210
Justeru, apa lagi yang kita tunggu, marilah bersama-sama menyertai komuniti sihat tanpa rokok.
Berhentlah sebelum terlambat.
Wednesday, September 9, 2009
Tuesday, September 8, 2009
Thursday, September 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)