SELAMAT DATANG KE RESTORAN BASHA SIMPANG EMPAT (013-5015010)

RESTORAN BASHA

Saturday, September 12, 2009

bahaya merokok

MEROKOK ADALAH HARAM
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”-Surah Al-Baqarah : 195

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK
Nikotin dalam rokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan akan lumpuh dan mungkin membawa maut.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KELAHIRAN PRA MATANG
Merokok semasa hamil mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KANSER MULUT
Merokok merupakan sebab utama kanser mulut. Kanser ini akan menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan yang rumit serta menimbulkan masalah pemakanan, pertuturan serta kecacatan kekal.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KERACUNAN
Apabila anda merokok, anda akan menyedut asap rokok yang mengandungi arsenik dan naphthalene. Keduanya adalah bahan utama dalam racun tikus dan ubat gegat.

Kandungan rokok:
Ammonia (Pencuci lantai)
Toluidina (Pelarut industri)
Uretana
Hidrogen Sianida (Racun untuk hukuman mati)
Naphthylamine (Kapur barus)
Arsenik (Racun anai-anai)
Dibenzakridine
Naftalena (Ubat gegat)
Metanol (Bahan api)
Aseton (Penanggal cat)
Kadmium (Bateri kereta)
Butana (Bahan bakar pemetik api)
DOT (Racun makhluk perosak)
Nikotin (Membuat PVC)
Karbon Monoksida (Gas beracun dari ekzos kereta)
Tar (Bahan membuat jalanraya)
Fenol
Polonium – 210

Justeru, apa lagi yang kita tunggu, marilah bersama-sama menyertai komuniti sihat tanpa rokok.
Berhentlah sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment