Saturday, August 15, 2009
1. Tidak ada orang ucap Bismillah sebelum hisap rokok dan ucapkan Alhamdulillah lepas habis hisap.
2. Tidak ada orang makan nasi dalam tandas, tetapi ramai orang merokok dalam tandas malah sambil uk... uk...
3. Tidak ada perokok pasif yang cuba sedut-sedut asap rokok yang dihembus, mesti diorang cuba tahan nafas atau tutup hidung.
4. Perokok berbau wangi? Erk...
5. Perokok lelaki menghadapi kebarangkalian mati - termasuk mati pucuk -lebih awal, dari mereka yang tidak merokok.
6. Tidak ada label di kotak rokok yang tertulis Merokok Menyihatkan Tubuh Badan.
7. Tidak ada kempen Mari Merokok atau Bulan Merokok macam kempen membaca. Perokok tegar sanggup terus merokok pagi-pagi buta dengan masih bertaik mata dan bertaik gigi.
8. Tidak ada orang boleh kenyang semata-mata dengan merokok, mesti nak makan dan minum jugak.
9. Tidak ada orang jadi jutawan dengan jadi penagih rokok, melainkan kalau dia jadi tokey syarikat rokok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment