Thursday, August 20, 2009
Bahan-bahan:
* 4 ekor ketam sederhana besar
* 4 biji bawang merah- dikisar
* 3 biji bawang putih - dikisar
* 2 biji bawang besar - dikisar
* 2 sudu cili kering (klu nak pedas ble lebihkan lg)
* 3 sudu rempah kari
* 1 sudu teh serbuk ketumbar
* 1 sudu teh serbuk jintan manis
* 1 sudu teh serbuk jintan putih
* 2 sudu sos tiram
* 2 sudu kicap cair
* 2 tangkai daun kari
* 1 batang serai
* Air asam jawa
* Garam
* Gula
* Daun ketumbar ( x letak)
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari. Biar hingga layu kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan semua rempah-rempah dan tumis hingga garing dan naik minyak.
3. Masukkan sos tiram, kicap cair, serai, air asam jawa, garam dan gula.
4. Last sekali masukkan ketam dan kacau rata. Jika kurang rasa bolehlah diejas supaya ada rasa rempah, manis, masin dan masam.
5. Tabur dengan daun ketumbar untuk bau lebih wangi dan hidangkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment