Chicken chop sos rempah
CHICKEN CHOP SOS REMPAH
Bahan
3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]
Kentang goreng
3 helai daun salad
1 jagung rebus [potong 3]
1 biji tomato [hiris ]
Bahan Perap
1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b minyak
Cara
- Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
- Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.
- Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos berempah.
SOS REMPAH
bahan
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato
garam
cara
- Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
- Masukkan rempah dan stok.
- Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
- Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
- Tutup api dan siramkan pada ayam.
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis
Cara
- Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
- Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
- Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
- Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki. Perisakan garam n gula secukup rasa.
- Hidangkan bersama ayam atau ayam.
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis
Cara
- Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
- Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
- Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
- Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki. Perisakan garam n gula secukup rasa.
- Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.
No comments:
Post a Comment