SELAMAT DATANG KE RESTORAN BASHA SIMPANG EMPAT (013-5015010)

RESTORAN BASHA

Friday, December 24, 2010


KETUPAT SOTONG (versi Trg)

Bahan-bahan:

* 12 ekor sotong besar (yg ada telur lagi sedap)
* 1 cawan beras pulut yg sudah dibasuh bersih
* 1 sudu kecil halba
* 2 cm halia } dimayang halus
* 4 ulas bawang merah } dimayang
* 1 1/2 cawan santan pekat
* 1 1/2 cawan santan cair
* garam secukup rasa
* secubit gula jika suka
* 12 btg lidi sepanjang 2 cm

Cara membuat:

* Beras pulut direndam dlm santan pekat dgn sket garam sekurang-kurangnya 3 jam
* Kemudian masukkan beras kedlm sotong sehingga hampir 1/2 badan sotong
* Semat dgn lidi supaya beras tak keluar
* Selepas tu masukkan santan cair dan sotong
* Rebus hingga sotong hampir masak
* Kemudian masukkan lebihan santan pekat, halia, bawang merah dan halba ,garam dan sket gula
* Renehkan sehingga kuah agak pekat boleh lah diangkat.
* Sedap diratah begitu saja..nyummy.


jika malas nak rendam beras pulut boleh buat camni:

1 cawan beras + 1/2 cawan santan pekat + secubit garam -- > masak atas dapur hingga santan kering (pulut akan jd separuh masak) pastu sumbatkan dlm badan sotong sehingga 3/4 badan sotong baru rebus dgn santan cair..dan step berikutnya serupa spt diatas

* Jika inginkan lebih kuah, boleh tambahkan kuantiti santan.

No comments:

Post a Comment