SELAMAT DATANG KE RESTORAN BASHA SIMPANG EMPAT (013-5015010)

RESTORAN BASHA

Friday, December 24, 2010

Ikan Siakap Kukus Taucu



Ikan Siakap Kukus Taucu
Sumber; Trymasak copy dari blog Zaiy , t.kasih Zaiy.

Ingredients

1) Ikan siakap (1 ekor)
2) Taucu (2 sudu besar)
3) Bawang putih (2 ulas)
4) Bawang merah (2 ulas)
5) Halia (1 inci)
6) Serai (1 batang)
7) Serbuk lada sulah (1/2 sudu kecil)
8) Air - untuk mengukus
9) Garam (sedikit)
10) Minyak untuk menumis

**tambah karot,buah tomato dan cendawan

Directions

Pertama sekali, gaul rata ikan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan air ke dalam kuali dan masukkan pengukus.
Setelah itu, letakkan ikan di atasnya. Susun hirisan halia di atas ikan. Kemudian bahagi dua serai yang telah diketuk dan susun juga di atas ikan.
Tutup kuali dan kukus kira-kira 15 minit hingga ikan masak.
Sementara menunggu ikan masak, hiris nipis cili merah, potong kasar daun bawang dan mayang bawang merah serta bawang putih.
Kemudian, hancurkan tauhu sedikit menggunakan sudu.
Setelah itu, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, diikuti dengan bawang merah. Setelah bawang merah layu, masukkan taucu dan kacau sehingga kering.
Selepas itu, masukkan air, kacau sebentar dan biarkan hingga air kering sedikit.
Kemudian, curahkan bahan-bahan tumis tadi ke atas ikan dan akhir sekali taburkan cili merah serta daun bawang.
Tutup kuali dan kukus sebentar. Hidanglah ikan bersama kuahnya.

No comments:

Post a Comment