Friday, December 25, 2009
Wednesday, December 23, 2009
Tuesday, December 22, 2009
Monday, December 21, 2009
kedudukan iblis
Rahsia Iblis
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.
1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "
2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."
3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"
5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."
6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."
7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)
8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "
9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."
10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."

temuduga terbuka/jawatan kosong

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
Tuesday, October 27, 2009
herba berkasiat

KANDUNGAN PACAK LANGIT
5 bahan berikut adalah digunakan untuk menghasilkan Pacak Langit Pearl:
1. Eurycoma Longifolia
2. Ekstrak herba ginkgo biloba
3. Tribulus terristris
4. Butea Superba
5. Smilax (Ubi Jaga)
GINKO BILOBA
1. Ginkgo Biloba adalah antara herba yang paling banyak dikaji di seluruh dunia. Ianya berfungsi untuk menggalakkan pengaliran oksigen ke otak dan juga membantu meningkatkan keupayaan jantung, paru - paru dan alat kelamin untuk berfungsi.
EURYCOMA LONGIFOLIA
2 Eurycoma Longifolia adalah antara herba aphrosidiac yang terkuat di dunia. Digunakan semenjak dahulu lagi oleh penduduk di sekitar Asia Tenggara untuk meningkatkan daya seksual dan juga kesihatan badan keseluruhan .
TRIBULUS TERRISTRIS
3. Tribulus Terristris digunakan untuk meningkatkan tenaga tubuh badan, meningkatkan keinginan seksual dan membantu menyegarkan sistem reproduktif lelaki dan wanita.
BUTEA SUPERBA
Butea Superba membantu meningkatkan pengaliran darah keawasan kelamin dan mengekalkannya untuk membantu memberikan ketegangan yang lebih sempurna secara berterusan. Ramuan ini baru sahaja ditambahkan ke dalam Pacak Langit Pearl setelah kajian mendapati dengan menambahkan bahan ini, kesan panas yang terhasil dari tongkat ali dapat dihilangkan untuk menjadikan Pacak Langit Pearl ini boleh digunakan tanpa sebarang kesan kepada pengguna.
SMILAX ( UBI JAGA)
Ubi Jaga digunakan semenjak dahulu lagi sebagai aphrosidiac untuk lelaki. Ianya terbukti berkesan untuk meningkatkan keupayaan seksual lelaki dengan meningkatkan kandungan hormon testosterone.
Produk ini telah dihantar untuk analisa di makmal untuk memastikan ianya selamat digunakan tanpa ragu - ragu.
Monday, October 5, 2009
Saturday, October 3, 2009
nasi lemak

Bahan-Bahannya :-)
4 cawan beras "Basmathi", cuci dan rendam 3 - 4 jam
4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, dititik
4 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh garam
Bahan Sampingan :-)
Telur rebus, belah dua
Timun, kupas dan hiris
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Sambal tumis
Ikan goreng (tak letak sebab tak de)
Udang goreng assam (tak letak sebab tak de)
Cara membuatnya :-)
1. Dalam rice cooker, masukkan santan cair, garam, daun pandan, bawang putih, halia dan beras tadi. Gaul rata dan masak hingga nasi kering.
2. Tuang pati santan dalam nasi tadi, gaul rata dan masak lagi selama 20 - 25 minit. Hingga nasi betul2 tanak. Gemburkan nasi menggunakan chopstick. Hidangkan bersama bahan2 sampingan.
Thursday, October 1, 2009
Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas
BAHAN-BAHAN:
400 gm beras basmathi
400 gm air
1/2 tin susu cair
30 gm halia (hiris)
50 gm bawang merah (hiris)
30 gm bawang putih (hiris)
Rempah empat sekawan
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau (bancuh satu titik pewarna dengan satu sudu besar air)
1 cawan minyak sapi
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan hiris, daun pandan, rempah empat sekawan hingga naik bau.
2. Masukkan air dan susu cair dan biarkan mendidih.
3. Masukkan garam dan beras. Tanak nasi seperti biasa.
4. Apabila airnya sudah kering titiskan pewarna.
5. Bila nasi sudah tanak barulah digaul.
Saturday, September 19, 2009
Ikan Tenggiri Masak Tempoyak

BAHAN
Ikan tenggiri 600gm
Tempoyak 200gm
Cili padi 100gm (tumbuk)
Kunyit hidup 50gm (tumbuk)
Bawang merah 100gm (tumbuk)
Daun kunyit 1 ikat kecil
Cili merah 50gm (hiris)
Cili hijau 50gm (hiris)
Santan kelapa 250ml
Garam secukup rasa
CARA
Masukkan tempoyak dan bahan yang ditumbuk dalam periuk yang sudah dipanaskan. Kacau rata. Kemudian masukkan santan kelapa. Masukkan ikan tenggiri, daun kunyit, cili dan garam serta sedikit gula. Biarkan sehingga mendidih dengan api sederhana.
daging salai masak lemak

BAHAN
Daging salai 600gm
Santan kelapa 2 biji
Cili padi 150gm (tumbuk)
Kunyit hidup 100gm (tumbuk)
Serai 4 batang (tumbuk)
Bawang merah 50gm (tumbuk)
lengkuas 30gm (tumbuk)
Garam 30gm
Asam keping 30gm
Minyak masak 1 liter
CARA
Panaskan periuk dengan minyak. masak bahan yang ditumbuk dahulu. Masukkan daging dan santan dan kacau rata. Masukkan garam, asam keping dan perasa. Kacau rata sehingga daging empuk.
Sanggang ayam

AHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
750 ml santan cair
500 ml santan pekat
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1 batang serai (ketuk)
BAHAN KISAR:
30 tangkai cili padi
30 biji lada putih
10 ulas bawang putih
5 cm kunyit
Garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Ayam dicuci bersih dan dibelah empat.
2. Satukan bahan kisar dan santan cair. Tuangkan ke atas ayam.
3. Bubuhkan daun kunyit yang disiat, daun limau purut dan serai. Tutup kuali dan biarkan ia mereneh di atas api yang kecil.
4. Setelah ayam empuk tuangkan santan pekat dan garam. Sesekali boleh dikacau kuahnya.
5. Tutup semula kuali dan biarkan kuah benar-benar kering.
Nasi Langgi
Wednesday, September 16, 2009
Lepat pisang
Bahan-bahan:
sesisir pisang awak masak ranum(kira-kira 15 biji)
2 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut (yg putih sahaja)
1/2 sudu teh garam
2 pelepah daun pisang dilayur atas api dan dipotong kira2 5 inci lebar.
Cara buat:
1-Buang kulit/kupas pisang. Hiris nipis,tuang sedikit air (1/2 cawan) dan blend. Boleh juga guna pengadun kek atau gunakan senduk pelecek.
2- Campurkan adunan pisang dengan tepung.Gaul rata supaya adunan sebati.
3- Gaulkan kepala parut dgn garam.
4- Kaut sesudu adunan pisang dan leperkan atas daun pisang seperti gambar dibawah. Taburkan setengah sudu kelapa parut.Gulungkan lepat dgn daun pisang dan kemaskan/lipat bahagian tepi daun.
5- Ulang proses (4) sehingga adunan habis digulung.
6-Masukkan air dalam pengukus (kira2 1.5 liter) dan panaskan pengukus (150 darjah celcius) sehingga air mendidih.
7-Aturkan lepat yang telah dibungkus dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.
8-Angkat dan sejukkan. Sedia untuk dimakan.
Tuesday, September 15, 2009
Monday, September 14, 2009
Somtam

BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda
1 biji mangga muda
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi
4 tangkai kacang panjang
30 gm kubis
10 gm kacang tanah
3 biji tomato ceri
20 gm udang kering (tumbuk)
2 sudu besar jus limau
1 sudu besar sos ikan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Sagat memanjang betik dan mangga. Kemudian potong halus memanjang kubis. Kacang panjang potong 6 cm.
2. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak perlu tumbuk, biarkan pecah-pecah sedikit.
3. Kemudian gaulkan dengan betik, kacang tanah, mangga, kubis, kacang panjang dan udang kering.
4. Akhir sekali tuangkan jus limau dan sos ikan. Masukkan tomato ceri dan gaulkan rata
Sunday, September 13, 2009
Tom Yam makanan laut

BAHAN-BAHAN:
1 ekor isi ikan merah
1 ekor ketam
250 gm sotong
2 sudu besar pes tomyam
4 cm lengkuas
2 cm halia muda
1 batang serai
2 helai daun limau purut
10 tangkai cili padi
1 sudu besar sos ikan
Sedikit susu cair
1 kiub pati ayam
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit jus limau nipis
CARA MENYEDIAKAN:
1. Celur ikan, sotong dan ketam bunga hingga masak.
2. Masukkan pes tomyam, kemudian masukkan serai, halia muda, lengkuas serta sos ikan, gula dan garam secukup rasa.
3. Setelah mendidih masukkan makanan laut yang telah dicelur, dan diikuti dengan jus limau nipis dan cili padi.
4. Setelah masak, tuangkan dua sudu besar susu cair dan hidangkan.
nasi bukhari

BAHAN-BAHAN:
400 gm beras basmathi
400 gm air
2 tin kecil susu cair
150 ml puri tomato
6 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk kas-kas
3 biji tomato
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK HALUS:
90 gm badam
70 gm biji gajus
100 gm bawang besar
40 gm bawang merah
5 cm halia
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan kuali dengan minyak sapi. Tumiskan bahan tumbuk, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik bau.
2. Masukkan air, tomato, bawang besar, susu cair, beras dan puri tomato.
3. Biarkan mendidih dan masukkan badam dan gajus.
4. Tanak nasi seperti biasa dan masukkan daun pudina. Tutup kembali nasi dan biarkan masa
Kelainan sajian Kawan Kopitiam

SEJAK tahun lalu, Kawan Kopitiam yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor diingati kerana menghidangkan juadah negeri Johor seperti laksa Johor dan mi rebus. Sajian itu ditampilkan bagi mengangkat warisan resipi keluarga pengusahanya, Ezzah Aziz Fawzy.
Namun, sepanjang Ramadan tahun ini, kopitiam yang diusahakan oleh Ezzah bersama suaminya, Ahmad Rezal Mohd. Esa dan dua lagi rakan kongsi, Hasbullah Abdullah dan Johar Johari, menawarkan satu kelainan.
Mereka sepakat mengambil khidmat seorang tukang masak berpengalaman dari Besut, Terengganu, Hasanah Mahmod yang pakar tentang masakan kegemaran penduduk Kelantan dan Terengganu seperti nasi dagang, nasi kerabu, ayam serta ikan percik gaya Pantai Timur.
Nasi kerabunya siap dengan pilihan lauk-pauk seperti ayam goreng berempah dan ikan goreng bertepung, nasi dagang pula lengkap keenakannya hanya dengan kepekatan gulai tenggiri dan telur.
Dua hidangan nasi eksotik itu dan nasi lemak boleh dibungkus untuk mereka yang mahu berbuka puasa di rumah. Namun, bagi yang menikmati iftar di kopitiam itu, mereka mempunyai lebih banyak seleksi juadah untuk dicuba.
Sebanyak 50 menu tradisi termasuk minuman dan pencuci mulut ditukar pada setiap hari. Tentu sekali, lauk popular adalah ikan keli bersambal, kerabu perut serta gulai lemak ikan masin dan nanas.
Tidak ketinggalan, terdapat juga ikan keli masak lemak cili api, ayam dan ikan masak percik dan masak lemak pucuk ubi. Ulam-ulaman pula tidak ketinggalan disediakan bagi digandingkan dengan sambal belacan.
Bagi yang menyukai manisan, Kawan Kopitiam turut menghidangkan aneka jenis agar-agar, puding karamel, bubur kacang dan kuih-muih tradisional lain sebagai pencuci mulut. Sebelum pulang, ada sesuatu yang ingin dicadangkan kepada pengunjung.
Pastikan anda bertanya tentang kuih bakar jagung istimewa yang dihasilkan sendiri oleh Ezzah. Betapa lazat kuih yang teradun cantik, selain rasanya yang manis, lemak dan berkrim
Subscribe to:
Posts (Atom)