SELAMAT DATANG KE RESTORAN BASHA SIMPANG EMPAT (013-5015010)

RESTORAN BASHA

Friday, March 19, 2010

kaki katak dlm mee




Biarpun disahkan hanya 2 premis sahaja di Malaysia mempunyai sijil halal namum masyarakat Islam dilihat masih berkunjung ke kopitiam.

Apapun tidak salah makan dan minum di kopitiam milik pengusaha beragama Islam. Mereka tahu membezakan di antara hidangan halal dan haram.

Terkini, saya menerima pesanan ringkas daripada kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM, Faedzah Fuad.

Menurut Faedzah, pelanggan membuat aduan kepada PPIM mendakwa terjumpa kaki katak di dalam mee dimakan di kopitiam di Klang, Selangor. Premis terbabit dilaporkan hanya memiliki sijil halal untuk produk kopi keluarannya sahaja. Perincian kes akan dipaparkan di laman web PPIM dan Facebook beliau malam ini.

Jika dakwaan itu benar, kopitiam itu bukan satu daripada 2 kopitiam disahkan memiliki sijil halal, maka mengapa perlu hairan?

Majoriti pengusaha kopitiam dan pekerja digajikan bukan beragama Islam. Jadi, jabatan agama negeri mahupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak berhak menggesa mahupun memaksa pengusaha terbabit memohon sijil halal. Justeru, biar juadah dihidangkan di kopitiam dimakan pelanggan tidak berkisah berhubung hukum halal dan haram.

Kekadang saya berasa hairan melihat pengguna Islam selamba 'membedal' makanan di kopitiam bagaikan semua restoran milik Melayu sudah ditutup, bankrap.

No comments:

Post a Comment