SELAMAT DATANG KE RESTORAN BASHA SIMPANG EMPAT (013-5015010)

RESTORAN BASHA

Wednesday, August 11, 2010

makanan sesuai di musim panas





Lima Jenis Makanan yang Sesuai Dimakan pada Musim Panas

Posted: 09 Aug 2010 08:33 AM PDT
28 Syaaban 1431 H

Seorang pakar dari Persatuan Pakar Pemakanan Amerika Syarikat, Dr. Luigi Gratton telah mempromosikan lima jenis makanan yang sesuai dimakan pada musim panas.


1. Tembikai Hami: tembikai ini mengandungi kalium tiga kali lebih banyak daripada tembikai biasa. Isinya yang berwarna oren itu mengandungi banyak Beta-karotena yang merupakan bahan antioksida yang boleh mengurangkan kesan panas daripada matahari.


2. Buah beri: buah beri yang rasanya amat manis mengandungi bahan yang serupa dengan aspirin dan ini boleh berfungsi menghapuskan keradangan dan mengurangkan selaran matahari pada kulit secara berkesan. Selain itu, buah beri juga merupakan sumber utama vitamin C dan bahan antioksida. Anggur, pisang, tomato dan oren ialah jenis buah beri yang amat sesuai untuk dimakan pada musim panas.


3. Bayam: bayam mengandungi banyak air dan magnesium. Lutein yang terdapat dalam bayam ini boleh mengelakkan kulit dan mata kita daripada selaran matahari.


4.Cili merah: cili merah kaya dengan vitamin C, dan boleh menggalakkan pengeluaran peluh dari badan kita untuk merendahkan suhu badan. Bawang putih dan halia juga boleh berfungsi seperti cili merah.

5. Minuman sukan: minuman sukan merupakan pilihan yang lebih baik ketika anda berolahraga pada musim panas. Ia boleh menambah bahan mineral yang diperlukan dan meningkatkan daya penyerapan air dalam badan manusia.

No comments:

Post a Comment