SELAMAT DATANG KE RESTORAN BASHA SIMPANG EMPAT (013-5015010)

RESTORAN BASHA

Thursday, October 21, 2010

Senarai negara korup dunia

Senarai di bawah di keluarkan oleh Transparency International:
Negara paling bersih jatuh kepada New Zealand dengan markah 9.4 manakala Denmark berada di tempat kedua dengan markah 9.3. Keseluruhan negara yang di ukur adalah sebanyak 180 negara dan sebanyak 75 negara mendapat markah kurang dari 3.

Jiran kita Singapura berada dalam kedudukan ketiga paling bersih di dunia dengan markah 9.2, kita sepatutnya perlu rasa bangga kerana punyai jiran yang hebat!.

Negara kita Malaysia pula mendapat tempat no. 56 dengan markah 4.5 dan kita baru-baru ini sibuk menyatakan betapa dunia seluruhnya mahu belajar cara negara kita mencegah rasuah, bagaimana SPR mengendalikan siasatan rasuah dan bagaimana undang-undang rasuah negara kita lebih baik dari semua negara lain, rasa ada sedikit meloya mendengar berita dan kenyataan yang keluar dari pimpinan kita.

1. Somalia - Score 1.1
2. Afghanistan - Score 1.3
3. Myanmar - Score 1.4
4. Sudan - Score 1.5
5. Iraq - Score 1.5
6. Chad - Score 1.6
7. Uzbekistan - Score 1.7
8. Turkmenistan - Score 1.8
9. Iran - Score 1.8
10. Haiti - Score1.8

No comments:

Post a Comment