SELAMAT DATANG KE RESTORAN BASHA SIMPANG EMPAT (013-5015010)

RESTORAN BASHA

Friday, October 29, 2010

Sunday, October 24, 2010

Asam Pedas Tempoyak Ikan Patin


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin
6 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan
40 ml air asam jawa
250 ml air
2 sudu besar tempoyak
Minyak

BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
10 tangkai cili kering
20 gm belacan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan sehingga naik bau.
2. Setelah tumisan hampir garing, masukkan cili dan kunyit. Tumis lagi sehingga wangi.
3. Selepas itu, tuangkan air asam jawa dan air secukupnya.
4. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan tempoyak.
5. Akhir sekali barulah masukkan ikan patin. Tambahkan garam secukup rasa. Kalau nak lebih sedap, masukkan bendi. Biarkanlah kuah sehingga mendidih.
6. Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan.

telapia bersos


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tilapia (goreng garing)
1 tangkai daun kari
5 tangkai cili merah (cincang halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil air sotong (botol)
3 ulas bawang merah (cincang)
4 cm halia muda (cincang)

CARA MENYEDIKAN:

1. Panaskan minyak, dan tumis kesemua bahan cincang dan daun kari sehingga garing dan naik bau.
2. Masukkan sos, serbuk lada putih dan air sotong.
3. Bubuhkan sedikit gula dan air sotong serta sos tiram.
4. Tuangkan sedikit air (suku cawan).
5. Biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat dan tuangkan ke atas ikan.

ikan bakar daun kunyit


Resepi: Ikan bakar daun kunyit
BAHAN PERAP:

3 sudu pes tomyam
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
3 cm halia (tumbuk)
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 tangkai daun ketumbar (hiris halus)
2 helai daun limau purut

BAHAN B:

1 helai daun kunyit
1 ekor ikan kerapu

CARA MENYEDIAKAN:

1. Perapkan ikan kerapu dengan bahan perap selama setengah jam.
2. Balut dengan daun kunyit.
3. Bakar hingga masak.
4. Hidangkan bersama air asam dan sambal kicap.

mee kari


MEE KARI

1 paket mi kuning
100 gm sawi
Sedikit tauge
2 biji telur rebus
2 biji cili merah
2 keping tauhu kering
7 biji fish ball
2 keping asam keeping
Minyak masak dan garam

Bahan kuah

Santan secukupnya
300 gm daging ayam
Sedikit udang kering - ditumbuk
500 gm kerang rebus
4 sudu besar serbuk rempah kari
4 ulas bawang putih
Sedikit lengkuas
1 sm halia
* bawang putih, lengkuas dan halia ditumbuk (A)
2 biji kentang - direbus dan dilecek

Cara membuat

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan (A) hingga berbau.
2. Masukkan serbuk rempah kari, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga garing.
3. Kemudian masukkan kentang, ayam, udang kering, fish ball, santan, kerang dan air masak. Masak hingga mendidih.
4. Apabila menghidang, masukkan mi dan sayur-sayuran ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan bubuhkan telur rebus.
Kebesaran Penciptanya
Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya...
Kasih sayang
Apabila kamu berurusan dengan penuh kasih sayang, kamu telah menyatukan diri kamu diantara satu sama lain dan dengan Pencipta..
Ilmu
Menuntut Ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan Ilmu adalah ibadah,
Mengulang ngulang Ilmu adalah zikir,
Mencari Ilmu adalah jihad.. Imam Al Ghazali
Usaha
"Cabaran membuat kita menangguh usaha, tapi tak pernah membuat kita merubah hala tuju matlamat dalam berusaha"
Jack Canfield
Mulia manusia
"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)
Kegagalan dan kejayaan
Kegagalan hari ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan bererti kemegahan. Oleh itu gantungkanlah cita citamu setinggi tinggi bintang dilangit dan rendahkanlah dirimu serendah rendah rumput dibumi...
Pesan Bonda
"Air setitik jangan dilautkan, tanah sekepal jangan digunungkan.."
Pesan Bonda..
Niat dan cara hendaklah betul
Soal kejelasan niat dalam sesuatu tindakan adalah rukun utama bagi segala gerakerja. Setelah akidah seseorang itu selamat dan sejahtera, Islam meletakkan syarat utama bagi setiap amalannya pula adalah niat yang betul. Nabi s.a.w bersabda: “Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Bersedekah
"Bersedekah dengan senyuman adalah lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak akan terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"

talam tiga puteri


Bahan-bahan:
2 cawan ubi kayu parut
1/2 biji kelapa - ambil 1 1/2 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
3/4 hirisan gula melaka
Sedikit esen vanila dan ros
6 sudu besar tepung gandum

Cara Menyediakan:

1. Tuskan ubi parut tetapi jangan diperah, biarkan basah dan bahagikan dua. Satu bahagian dibahagikan dua, satu bahagian digaul dengan gula pasir, dua sudu besar tepung gandum serta esen ros. Satu bahagian lagi digaul dengan gula melaka hiris, dua sudu tepung gandum dan esen vanila.

2. Kukus bahagian yang bergaul gula pasir hingga masak. Ratakan adunan yang bergaul gula melaka dan kukus lagi.

3. Sementara menantikan lapisan gula melaka masak, adunkan lapisan atas. Bancuh santan dengan dua sudu besar tepung gandum, tuangkan ke atas lapisan gula melaka dan kukus hingga masak.

Thursday, October 21, 2010

Senarai negara korup dunia

Senarai di bawah di keluarkan oleh Transparency International:
Negara paling bersih jatuh kepada New Zealand dengan markah 9.4 manakala Denmark berada di tempat kedua dengan markah 9.3. Keseluruhan negara yang di ukur adalah sebanyak 180 negara dan sebanyak 75 negara mendapat markah kurang dari 3.

Jiran kita Singapura berada dalam kedudukan ketiga paling bersih di dunia dengan markah 9.2, kita sepatutnya perlu rasa bangga kerana punyai jiran yang hebat!.

Negara kita Malaysia pula mendapat tempat no. 56 dengan markah 4.5 dan kita baru-baru ini sibuk menyatakan betapa dunia seluruhnya mahu belajar cara negara kita mencegah rasuah, bagaimana SPR mengendalikan siasatan rasuah dan bagaimana undang-undang rasuah negara kita lebih baik dari semua negara lain, rasa ada sedikit meloya mendengar berita dan kenyataan yang keluar dari pimpinan kita.

1. Somalia - Score 1.1
2. Afghanistan - Score 1.3
3. Myanmar - Score 1.4
4. Sudan - Score 1.5
5. Iraq - Score 1.5
6. Chad - Score 1.6
7. Uzbekistan - Score 1.7
8. Turkmenistan - Score 1.8
9. Iran - Score 1.8
10. Haiti - Score1.8

Wednesday, October 20, 2010

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

1. azab api neraka,
2. azab kubur,
3. mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
4. kejauhan dari rahmat Allah swt serta
5. tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
6. dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

1. penceraian akan berlaku akibatnya,
2. pasangan zina mengandung,
3. bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
4. mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
5. apa akan jadi kepada anak-anak ?,
6. kejian masyarakat,
7. ditangkap basah dan diumum di media,
8. adik beradik mengeji,
9. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
11. mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
12. dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

KAWALAN

Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.

6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.

11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.

15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.

16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.


وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

sejuk hati ibubapa

Monday, October 18, 2010

ilmu dan rezeki terhalang jika terus maksiat

BAHAYA MELAKUKAN MAKSIAT
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mengatakan maksiat sangat berbahaya bagi hati dan fizikal manusia di dunia dan akhirat. Perbuatan maksiat akan mempunyai pengaruh buruk, seperti :

1. Terhalang memperoleh ilmu.

2. Terhalang mendapatkan rezeki.

3. Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing, antara si pelaku maksiat dengan Allah Azza Wa Jalla.

4. Keterasingan bukan hanya antara manusia dengan Allah, tetapi akibat perbuatan dosa dan maksiat itu, yang lebih berat juga akan mengasingkan pelakukanya dengan manusia lainnya terutama mereka yang melakukan kebajikan.

5. Orang yang suka melakukan maksiat dan dosa, hidupnya akan mengalami jalan buntu pada setiap urusannya.

6. Perbuatan maksiat dan dosa akan menimbulkan kegelapan hati.

7. Perbuatan maksiat dan dosa itu, juga akan melemahkan kekuatan hati.

8. Orang yang melakukan maksiat itu, pasti akan kehilangan wala’ dan keta’atan kepada Allah Azza Wa Jalla.

9. Orang-orang yang hobinya berbuat maksiat, menyebabkan pendek umur.
Begitulah nasihat Ibnu Qayyim al-Jauziyah, dalam kitabnya Al-Jawabu Kafi, agar manusia menjauhi dosa dan maksiat, karena perbuatan itu akan mencelakakan manusia di dunia dan akhirat.

Thursday, October 14, 2010

10 negara kaya dunia

Ada banyak senarai negara terkaya dunia dikeluarkan dan ada sedikit perbezaan mengikut cara pengiraan masing-masing. Saya senaraikan dibawah salah satu senarai yang saya dapat dari beberapa web yang saya cari yang membuat kiraan hasil GDP setahun seluruh negara dan di bahagikan kepada jumlah penduduk.

Berikut adalah senarai 10 negara terkaya dunia berdasarkan jumlah GDP per capita:


1. Qatar $87,780
2. Luxembourg $78,795
3. Norway $53,370
4. Brunei Darussalam $50,255
5. Singapore $49,500
6. United States $46,463
7. Switzerland $42,998
8. Hong Kong $42,880
9. Ireland $39,490
10. Netherland $39,380

10 Negara Paling Tidak Selamat Dunia

Negara yang selamat ialah negara di mana kejadian jenayah adalah sedikit. Bagi negara yang mempunyai laporan atau kejadian jenayahnya amat tinggi kemungkinan anda menjadi mangsa jenayah juga adalah tinggi. Sudah tentu negara yang kejadian jenayahnya tinggi merupakan sebuah negara yang amat tidak selamat untuk diduduki.

Kadar jenayah diukur dengan mengira laporan atau aduan jenayah dalam 100,000 orang penduduk. Maklumat jenayah dikutip melalui bancian, rekod hospital, laporan insuran, rekod polis dan juga agensi penguatkuasa yang lain.

Berikut di bawah adalah senarai 10 negara paling tidak selamat di muka bumi ini, (Angka dalam kurungan adalah kadar laporan jenayah dalam setiap 100,000 penduduk):

1. Amerika (11,877,218)
2. United Kingdom (6,523,706)
3. German (6,507,394)
4. Perancis (3,771,850)
5. Rusia (2,952,370)
6. Jepun (2,853, 739)
7. Afrika Selatan (2,683,849)
8. Kanada (2,516,918)
9. Itali (2,231,550)
10. India (1,764,630)

Jika anda ingin berhijrah ke Amerika atau ke Eropah, anda patut fikir 2 kali kerana semua negara di sana adalah paling tidak selamat di atas muka bumi ini. India juga tidak selamat tetapi jauh lebih selamat dari pada Amerika.

negara miskin dunia-byk negara islam

Senarai 30 Negara Termiskin Dunia Tahun 2010






Senarai negara diikuti diikuti dengan jumlah GDP per capita dalam USD setahun.




1 Burundi – Republic of Burundi, Africa 175.61
2 Congo, Democratic Republic of the Congo(Congo-Kinshasa/Zaire), Africa 235.72
3 Burma – Union of Myanmar, Asia 242.18
4 Zimbabwe – Republic of Zimbabwe, Africa 268.82
5 Liberia – Republic of Liberia, Africa 271.43
6 Guinea-Bissau – Republic of Guinea-Bissau, Africa 272.58
7 Eritrea – State of Eritrea, Africa 308.22
8 Malawi – Republic of Malawi, Africa 324.59
9 Sierra Leone – Republic of Sierra Leone, Africa 374.32
10 Niger – Republic of Niger, Africa 408.60
11 Ethiopia – Federal Democratic Republic of Ethiopia, Africa 409.26
12 Guinea – Republic of Guinea, Africa 438.29
13 East Timor – Democratic Republic of Timor-Leste, Asia 468.00
14 Rwanda – Republic of Rwanda, Africa 469.05
15 Togo – Togolese Republic, Africa 470.27
16 Mozambique – Republic of Mozambique, Africa 494.64
17 Nepal – Federal Democratic Republic of Nepal, Asia 494.95
18 The Gambia – Republic of The Gambia, Africa 504.10
19 Central African Republic, Africa 512.15
20 Afghanistan – Islamic Republic of Afghanistan, Asia 524.83
21 Uganda – Republic of Uganda, Africa 528.64
22 Madagascar – Republic of Madagascar, Island in the Indian Ocean 535.12
23 Bangladesh – People's Republic of Bangladesh, Asia 542.43
24 Tanzania – United Republic of Tanzania, Africa 573.03
25 Burkina Faso-Africa 614.22
26 Mali – Republic of Mali, Africa 688.12
27 Lesotho – Kingdom of Lesotho, Africa 721.23
28 Kiribati – Republic of Kiribati, Island in the Pacific Ocean 744.90
29 Somalia – Federal Republic of Somalia, Africa 795.00
30 Ghana – Republic of Ghana, Africa 813.77


Senarai negara termiskin dunia dimonopoli oleh negara dari Afrika dan juga Asia.

Tuesday, October 12, 2010

bahasa melayu tiada

Berikut senarai kedudukan bahasa mengikut kepentingannya, kepentingan sesuatu bahasa dikira berdasarkan 6 kriteria berikut:

* Jumlah pengguna sebagai bahasa utama
* Jumlah pengguna sebagai bahasa kedua
* Jumlah populasi atau negara menggunakannya
* Jumlah kegunaan dalam bidang utama seperti ekonomi, sains dan juga diplomat
* Kekuatan ekonomi, ketenteraan negara pengguna bahasa tersebut
* Prstij keutamaan dunia terhadap pengguna bahasa tersebut

Berikut senarai keutamaannya sepertimana yang kajian yang dilakukan oleh Georges Weber:

1. Inggeris
2. Perancis
3. Sepanyol
4. Rusia
5. Arab
6. Mandarin
7. Jerman
8. Jepun
9. Portugis
10. Hindi/Urdu